LATARBELAKANG
Yayasan Hasani ditubuhkan pada 07/11/2019 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dibawah Akta Syarikat 1955 dibawah no pendaftaran : 201901040207 (1349637-M).
Objektif, Matlamat dan Tujuan Penubuhan
Menyediakan kemudahan pendidikan agama secara percuma. Dengan menubuhkan, membina, mentadbir, mengurus dan menjalankan sebuah pusat pembelajaran persendirian (lengkap dengan kemudahan asrama) untuk pendidikan KAFA dan Tahfiz Alquraan/Qira'at diatas tapak tanah milik pengasas di Sungai Petani. Ini merupakan matlamat jangka panjang penubuhan Yayasan ini.
Membantu insan untuk membantu diri sendiri agar dapat membantu orang lain. Dengan menyediakan kursus pembelajaran menggunting rambut untuk anak-anak muda menganggur. Setelah lulus, mereka diberi pilihan untuk bekerja di kedai gunting milik pengasas atau membuka perniagaan sendiri. Begitu juga ibu-ibu tunggal atau mereka yang menganggur akan diberi peluang menghadiri kursus masakan. Mereka yang tamat kursus diberi pilihan untuk bekerja di rangkaian restoran milik pengasas atau mahu memulakan perniagaan sendiri.
Infaq bahan makanan. Menyediakan pusat-pusat pengumpulan dan penyediaan bahan-bahan makanan untuk diinfaqkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, tidak kira kaum dan agama. Pusat yang akan dibuka 24 jam akan menyediakan stok bekalan makanan berupa beras, gula, tepung, minyak masak untuk diambil oleh golongan fakir miskin dan seaiapa yang memerlukan.
Misi kemanusiaan. Menyediakan bantuan kewangan, makanan, keperluan kebajikan kepada golongan miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya, pelajar, anak yatim dan keluarga yang ditimpa kesusahan yang memerlukan bantuan untuk meringankan beban kesusahan mereka, tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.
Menyebarkan dakwah islamiah. Menganjurkan seminar pendekatan dan pemahaman terhadap agama islam kepada masyarakat beragama lain. Menganjurkan aktiviti keagamaan dan sambutan perayaan islam kepada golongan belia, saudara baru, fakir miskin dan penghuni rumah kebajikan.
IBU PEJABAT KORPORAT :
No 25C,Bangunan Ban Bee, Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4213811 Fax : 04-4251788 e-mail : admin@yayasan.hasani.my